Pembantu Akauntan, Permulaan Kerjaya

Bila tamat pengajian, rasa bersyukur tak terhingga. Walau masa yang diambil untuk mengabiskan pengajian ini lebih lama daripada kawan-kawan aku yang lain. Alhamdulillah, Dia memberi ketabahan kepada diriku ini untuk menghabiskan pengajian ini disaat ujian diberikan untuk menduga hambanya.

Mac 2014  , last Exam.
May 2014 , keputusan keluar.
Jun 2014  , Diterima Bekerja.

Sebagai graduan lepas Diploma, agak sukar juga nak bersaing untuk mendapat kerja. Kalau cari kerja melalui ekspo kerjaya mahupun di portal Jobstreet.com, kebanyakan syarikat melihat kelulusan minimum yang mereka mahukan adalah Degree. Aku mencuba nasib juga dengan menghantar resume kepada mereka. Namun, tidak berjaya.

Disebabkan cara ini, tak berjaya. Aku mencari alternatif :

  1. Cari senarai syarikat akaun sekitar KL & Selangor dengan bantuan Mr. Google
  2. Dapatkan alamat email mereka.
  3. Hantar resume secara online kepada mereka.

Pemohonan KerjaBanyak juga aku hantar email, cuma beberapa syarikat sahaja yang membalas. Ada juga yang kata nak panggil untuk temu duga, nanti dia bagi tahu tarikh temu janji. Tapi, sampai sekarang tak panggil-panggil lagi. Mungkin bukan rekezi disitu.

Dalam banyak-banyak email yang dihantar, ada satu syarikat menghubungi aku untuk datang temu duga. Alhamdulillah, Selasa minggu lepas datang interview, esoknya dah mula kerja. Rezeki aturan Tuhan.

Hari ni, dah seminggu aku memulakan kerjaya. Letih & Penat, tapi pengalaman yang aku dapat sangat bernilai.

kewangan

Kenapa Perlu Tingkatkan Financial IQ

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan pada hari ini kian menghimpit keupayaan berbelanja pada rakyat, Khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendaptan sederhana. Hal ini ditambah lagi dengan taraf pendapatan yang terbatas dan tidak selari dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Keadaan ini menjadikan golongan ini terhipit bagai tiada pilihan melainkan berbelanja walaupun tidak mampu. Saranan penjimatan pula seperti tidak masuk akal memandangkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Increase_Financial_IQ_reflectItulah coretan halaman belakang buku ” Increase Your Financial IQ “. Apa yang buat aku tertarik untuk membaca buku ini? pertama sebab duit, dan kedua aku sorang yang boros, poket seluar aku ni salalu sahaja bocor. Mungkin sebab aku tak tahu dan tidak faham berkenaan dengan apa yang dikatakan Financial IQ (IQ Kewangan)

Buku ini ditulis oleh Robert T. Kiyosaki yang terkenal dengan bukunya sebelum ini ” Rich Dad’s, Poor Dad’s “. Beliau memberikan 5 tips penting bagi menjana Financial IQ, iaitu :

  1. Menambah Wang
    -
    Adakah kita mahu menghadapi masalah tidak cukup wang ataupun terlalu banyak wang?
  2. Melindungi Wang
    -
    Adakah kita mahu wang hasil titik peluh kita dicuri secara sah?
  3. Membajet Wang
    -
    Adakah kita mahu hidup dibawah paras kemampuan sehingga ke akhir hayat?
  4. Leverage Wang
    -
    Adakah kita mahu mendapat hasil yang banyak daripada sumber yang sedikit?
  5. Meningkatkan penetahuan kewangan
    -
    Adakah kita mahu membiarkan predator wang terus mengawal wang kita?

In Shaa Allah, aku akan kongsikan apa yang aku baca daripada buku ini. Moga mendapat manfaat bersama :)

ACCA – Impian yang Belum Terkubur

Assalamualaikum.

Pernah atau tidak dalam hidup anda, apa yang dirancang menjadi lain. Kadang-kadang anda mendapat lebih baik daripada itu. Itulah yang terjadi dalam hidup aku sekarang.

Dulu, selepas SPM aku merancang untuk mengambil Diploma Perkaunan , Degree dan kemudia jika ada rezeki nak ambil ACCA. Alhamdulillah aku dapat tawaran Diploma Perakaunan di UiTM, aku menerima tawaran itu dengan rasa bersyukur.

Dalam tempoh pengajian itu, aku telah diuji dan hampir putus asa untuk meneruskan pengajian ini. Boleh baca ceritaku DISINI. Terima kasih pada Ayah Mak, Lecturer, kawan-kawan dan mereka yang banyak memberi sokongan kepada ku.

Kini, aku berada di SEM terakhir. Harap aku dapat menghabiskan dengan baik. Kemana hala tuju selepas ini, masih tercari-cari. Impian yang dulu ku tanam, masih tersemat dihati.

[box] ACCA, bila waktunya nanti….

Jika Dia izinkan dikau bersamaku.

Engkau tetap ku miliki.

Jika tidak, itulah yang terbaik untukku. [/box]

Rezeki, Turun 50 Sen.

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul.

Pada isnin lepas heboh satu Malaysia pasal kangkung. Kalau buka News Feed di Facebook, penuh pasah kangkung. Sehingga keluar berita online membuat liputan tragedi tsunami kangkung. Sekarang mungkin dah kurang. Kenapa menjadi hangat? mungkin ramai yang dah tahu. Kalau tak tahu, cari sendiri isu tu. Aku bukan pengulas politik.

Nak dipendekkan cerita. Masa aku nak beli makanan tengah hari tadi. Seperti biasa, kangkung memang kegemaran aku. Aku ambik lauk sayur kangkung & ikan.

Masa nak bayar. “Mak cik ni berapa?”, tanya aku

“RM5.50 ….” jawab mak cik rengkas.

“eh….. bukan kangkung dah turun ke…” , saja aku menyakat.

aku bagi duit dan mak cik kembalikan baki….. Alhamdulillah, mak cik kira RM5.00 je… Diskaun 50 Sen.

Kangkung Turun

 

Tips Bijak Merancang Kewangan , 2014.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Peningkatan kos sara hidup semakin terasa apabila harga barang meningkat sedangkan pendapatan pada tahap yang sama. Langkah terbaik sebagai seorang induvidu yang sentiasa memikirkan jalan keluar daripada kekongkong  masalah ini, kita perlu merancang plan-plan yang mampu membawa kita ketahap kehidupan yang lebih baik.

Jom kita dengar temu bual antara Uwartaman & Tuan Alwi. Moga bermanfaat.

#Terasa pula dengan kata mereka jika dikaitan dengan Entri aku INI. (agak ketinggalan Zaman)

Buku 555

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu.

Minggu pertama dalam tahun 2014 ini, mesti ramai orang akan menetapkan Azam baru untuk pejalanan kehidupan mereka kearah yang lebih baik pada masa akan datang. Tak salah pun kalau tiada Azam. Paling tidak kita meletakan semangat baru untuk menjadi insan yang lebih baik.

Aku tahun ini tidak meletakan Azam yang besar, sekadar menjadi individu yang boleh merancang dan bertindak. Kehidupan kita banyak berkait dengan apa yang kita rancang hari ini dan semalam. Bila tiada perancangan, maka masa kita banyak disia-siakan. Oleh itu, aku dah beli buku nota kecil untuk dijadikan teman sepanjang masa.

note book

Apa nak dibuat dengan buku Nota ini?

  1. List to do ! - apa yang perlu aku buat
  2. Expenses - perbelanjaan aku sepanjang hari. Walau pun aku belajar akaun, aku seorang yang boros, jadi kena lah kawal diri. Dengan cara ini dapat aku kawal diri dalam susasana Kos Sara Diri yang meningkat. Banyak benda dah naik. Macam INI
  3. Job - Jika ada tugasan yang perlu diselesaikan.

#Dulu-dulu pernah buat, sekadar hangat2 tahi ayam je. Moga kali ini dapat buat betul2…

“Merancang & Bertindak”

Senarai Kenaikan Harga Tol 2014

Isu kenaikan harga barang memang hangat diperkatakan sekarang. Begitu juga dengan kenaikan harga kadar tol di beberapa lebuhraya di Malaysia. Sebagai rakyat dan penguna jalan raya, kita sepatutnya peka dengan apa yang bakal berlaku kepada kita pada masa hadapan. Jangan pula, ketika ingin bayar tol pada Januari tahun depan baru nak sedar.

duke

Berikut adalah beberapa senarai perubahan kadar kenaikan harga tol, jika diluluskan. Terdapat beberapa tol yang akan dinaikan dari RM0.30 sehingga RM2.50.

NO.

NAMA LEBUHRAYA YANG DI NAIKAN HARGA

HARGA LAMA

HARGA 2014

PERBEZAAN

1.  Pantai    RM1.50    RM 2.50 RM 1.00
2.  Damansara    RM 1.00    RM1.50 RM 0.50
3.  Kiara    RM 2.00    RM 3.00 RM 1.00
4.  Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)    RM14.96 c/KM    RM16.46 c/KM RM2.50 c/KM
5.  Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)    RM 1.40    RM 1.90 RM 0.50
6.  Lebuhraya SMART    RM 2.00    RM3.00 RM 1.00
7.  Lebuhraya Sungai Besi BESRAYA    RM 1.30    RM 2.00 RM 0.70
8.  Lebuhraya Baru Pantai (NPE)    RM1.60    RM 2.00 RM 0.40
9.  Lebuhraya Damansara/Puchong (LDP)    RM 1.60    RM 2.10 RM 0.50
10.  Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH)    RM 1.50    RM 2.50 RM 1.00
11.  Lebuhraya Kajang (SILK)    RM 1.00    RM 1.30 RM 0.30
12.  Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)    RM 2.50    RM 3.50 RM 1.00
13.  Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)    RM 1.90    RM 2.30 RM 0.40
14.  Lebuhraya Trafik KL-Barat (SPRINT)    RM 1.50    RM 2.50 RM 1.00

#Harapan aku, semoga kerajaan pertimbangkan kembali kadar kenaikan ini. Jika dilihat daripada jadual diatas, purata kenaikan dalam purata RM0.87 . Bagi aku, ini sangat tinggi. Di Malaysia bukan semua pengguna jalan raya berpendapatan tinggi.

sumber foto : maidoali

Permohonan BR1M 2014

Assalamualaikum. Dikabarkan pemohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dibuka pada 23 Disember ini Sehingga 31 Januari 2014. Bagi penerima BR1M sedia ada, anda tidak perlu lagi membuat pemohonan, namun perlu membuat kemas kini detail pribadi seperti alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

BR1M 2014

Baucar BR1M tahun lalu.

Bagaiman ingin memohon?

  1. Mendaftar secara atas talian (Online) di www.hasil.gov.my (bermula 23 Disember 2013)
  2. Manual - dapatkan borang permohonan di
    • pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    • Jabatan Pembangunan Pesekutuan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat

Menurut infomasi yang aku peroleh dari portal LHDN, pembayaran BR1M dijangka akan bermula pada bulan Febuari 2014.

Ketegori BR1M :

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – Bantuan Sebanyak RM650
  2. Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan - Bantuan Sebanyak RM300
  3. Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara – Bantuan Sebanyak RM650
  4. Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 – perlindungan maksimum sehingga RM30,000

Jika anda ada pertanyaan boleh lah hubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin – Jumaat bermula 9 pagi – 5 petang.

Kepada merak yang layak jangan lepaskan peluang ini. Mohon saja, tidak kiralah berbeza fahaman politik. Sebagai rakyat kita berhak mendapat apa yang diberikan oleh kerajaan (Government Expenditure), kerana kita juga akan menyumbang kembali kepada pendapatan negara (Government Revenue).

.myBuddies – Rakan Atas Talian Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku baru balik daripada majlis pelancaran dan seminar .myBuddies anjuran MYNIC Berhad. Mungkin ramai yang dah kenal dengan syarikat ini. Tak perlu lah nak diterangkan lagi kerana syarikat ini juga lah pengajur utama gathering blogrrr minggu lalu. Aku tak berkempatan nak pergi. Kali ini, untuk program myBuddies aku telah dijemput hadir oleh pihak MYNIC.

Apa yang membuatkan aku tertarik untuk hadir ke program ini adalah myBuddies boleh menjadi platform dalam perniagaan Online dan pihak MYNIC berjanji akan memberikan domain .my secara percuma. Sebagai seorang peserta program ini, aku melihat kelancaran program ini agak tidak teratur sedikit. Walaubagaiman pun, input yang disampaikan oleh panel sekurang menambah sedikir pengetahuan aku dalam dunia perniagaan online ini.

Program myBuddies ini merupakan kesinambungan program “1nita” yang menjurus kepada pembangunan peniagaan online bagi kaum hawa. Lantaran daripada program latihan yang diadakan dan atas permintaan yang diterima, pihak MYNIC mengambil inisiatif untuk menggadakan usaha melalui program yang dinamakan myBuddies dengan tema “Rakan Atas Talian Anda” yang pada kali ini tidak hanya memberikan tumpuan kepada komuniti wanita sahaja.

myBuddies

Bersesuaikan denagn tema program ini, enam gabungan pilihan ditawarkan antaranya :

  1. Kehadiran Atas Talian.
    • Wujudkan kehadiran dalam talian anda dengan nama domain .my
  1. Pemetaan Laman Web.
    • Pelihara kandungan URL anda yang sedia ada dengan .my sebagai alamat atas talian yang terbaik.
  1. Platform e-Dagang.
    • Letakkan peniagaan anda di atas talian, menjual produk dan perkhidmatan anda dengan menggunakan e-Dagang yang versatil
  1. Penghosan Laman Web.
    • Hoskan laman web anda dengan kami
  1. Latihan Pembangunan Laman Web.
    • Sertai bengkel latihan myBuddies dan bangunkan laman web anda sendiri.
  1. Latihan e-Dagang.
    • Sertai latihan e-Dagang myBuddies, pasarkan produk dan perkhidmatan anda di atas talian dan tingkatkan profil perniagaan anda.

     

# Kecewa sikit, domain percuma tak dapat selepas program. Kena tunggu tahun depan :(

Aku Seorang Kuli

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Pengalaman berkerja sebulan lebih banyak mengajar aku secara tidak langsung tentang dunia pekerjaan. Ini lah kali pertama berkerja dibawah orang atau dalam bahasa kasarnya, menjadi kuli. Sebelum ni ada juga aku berkerja, tapi sekadar menolong perniagaan abang. Ini amat berbeza dengan kerja dibawah orang lain.

Seronok, semangat, teruja, geram, menyampah, dan rasa tak puas hati, semuanya ada. Hanya kesabaran mampu menenangkan gelora dijiwa. Antara kata pengguat untuk aku terus berada disini adalah “Pengalaman adalah guru terbaik”. Secara jujurnya, memang banyak ilmu aku dapat disini, walau pun pernah dimarah kadang-kadang kesalahan tu bukan yang kita buat. Terima sajalah.

Betul juga kata orang, kalau kita tidak pernah berada dibawah kita tidak akan merasa apa orang dibawah rasa. Cita-cita suatu hari nanti ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya memang tak pernah pudar dalam diri ini. Aku cuba bayangkan andai suatu hari nanti aku ada bisnes sendiri, ada pekerja sendiri. Bagaimana pula ketika itu aku mengawal orang dibawah aku?

boss-worker

Andai hari ini aku seorang Kuli, Kuharapkan esok aku menjadi Big BOSS yang Berjaya